APRIL 2023

Majlis Berbuka Puasa Premier Sarawak Bersama Pemimpin, Masyarakat


KUCHING: Majlis berbuka puasa Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama pemimpin dan masyarakat diadakan di Bangunan Dewan Undangan Negeri  (DUN) Sarawak malam tadi. 

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Kira-kira 400 tetamu menghadiri majlis berbuka puasa itu bertujuan mengeratkan silaturahim antara barisan pemimpin bersama  masyarakat.

Selepas berbuka puasa, Premier Sarawak menunaikan solat Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak. Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai dan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi turut hadir.

GAMBAR: Fadillah Yusof

Sumber dari : Jiwa Bakti